Pengarah IPDAS

HAJAH KHATIJAH BINTI ABD RAHMAN

Pengarah IPDAS

Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS)

Perutusan Pengarah

 

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas segala limpahan rahmatNya dan kurniaNya, selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW dan keluarga baginda. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada para pengunjung kerana melayari laman web rasmi Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Saya melihat laman web ini sebagai wadah utama yang tidak asing lagi dan yang paling berkesan berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan IPDAS agar lebih dikenali oleh masyarakat terutama yang memerlukan maklumat dalam bidang pengajian dakwah. Harapan Saya juga kepada semua pihak terutamanya kepada pelajar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) sendiri juga para pengunjung lainnya ianya memenuhi keperluan masyarakat agar Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) dapat dirasai kewujudannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam satu-satunya di Sabah. Segala pandangan untuk penambahbaikan adalah dialu-alukan.

Akhir kata, selamat melayari laman web rasmi IPDAS ini, semoga saluran ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan memberi penerangan yang berkesan kepada para pengunjung sekalian. Insya Allah.

Sekian, Terima Kasih.

Visi

Peneraju pendidikan tinggi Islam yang unggul di Sabah bagi menjana kecemerlangan generasi rabbani untuk kesejahteraan ummah sejagat.

Misi

Menyediakan program pendidikan tinggi Islam yang bersepadu merangkumi ilmu naqli dan aqli serta kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan graduan berimpak tinggi.

Objektif Operasi

Sebagai sebuah institusi yang berteraskan pengajian islam, Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah bertekad untuk menghasilkan :-

  1. Melahirkan generasi Rabbani yang berpendidikan tinggi dan menguasai ilmu naqli serta aqli.
  2. Melengkapkan mahasiswa dengan pelbagai dimensi kemahiran insaniah dan keusahawanan bagi menyediakan keperluan guna tenaga ummah.
  3. Melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk menjadi umara dan pendakwah profesional serta tempat rujukan masyarakat berdasarkan fahaman ahli Sunnah wal-jamaah khususnya di Sabah

Piagam Pelanggan

Kami berjanji :

1 Memberi perkhidmatan yang cemerlang melalui perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar pengurusan sumber manusia dengan menepati ciri-ciri kualiti seperti berikut:
  • Cepat dalam semua tindakan;
  • Tepat dalam membuat keputusan;
  • Layanan mesra kepada pelanggan;
  • Menepati masa yang dijanjikan;
  • Adil dan saksama dalam pertimbangan;
  • Menentukan perkhidmatan dan maklumat mudah diperolehi serta boleh dipercayai; dan
  • Menepati undang-undang, dasar dan peraturan.
2 Membangunkan organisasi perkhidmatan awam yang mantap melalui penyusunan semula struktur organisasi, skim perkhidmatan dan perjawatan secara berterusan selaras dengan skop tanggungjawab semasanya supaya dapat berfungsi dengan optimum.
3 Memastikan pengurusan modal insan yang terbaik bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan anggota Perkhidmatan Awam melalui pembangunan sistem-sistem dan amalan-amalan terkini.
4 Meningkatkan produktiviti dan kecekapan modal insan Perkhidmatan Awam melalui latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mengikut dasar latihan Perkhidmatan Awam.
5 Menarik, membangun dan mengekalkan tenaga kerja berpotensi ke arah prestasi yang cemerlang melalui pengurusan gaji, elaun dan pelbagai kemudahan yang disediakan.
6 Memastikan hubungan yang harmonis antara majikan-pekerja melalui penyebaran maklumat secara lebih meluas bagi meningkatkan kesefahaman antara mereka dalam isu-isu berkepentingan bersama.
7 Mentadbir undang-undang pencen Perkhidmatan Awam dan memastikan faedah persaraan dibayar kepada penerima yang layak.
8 Membangunkan sumber manusia melalui pendekatan psikologi dan kaunseling serta latihan kepada anggota Perkhidmatan Awam secara efektif dan efisien berteraskan prinsip, etika dan piawaian amalan yang ditetapkan.
9 Memastikan maklum balas kepada pertanyaan dan aduan pelanggan adalah cepat, tepat dan mesra serta menepati tempoh-tempoh berikut:
  • Akuan penerimaan dalam masa satu hari; dan
  • Menyelesaikan aduan dalam masa 14 hari.

Lembaga Pengarah IPDAS

YBrs. Dr. Baharudin bin Othman
Pengarah JAKIM Cawangan Sabah (S13)
Aras 6, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan P/S 14725, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu
YBhg. Datuk Haji Awang Juri bin Ag Tahir
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)
Tingkat 10, Blok A Wisma MUIS Beg Berkunci 103 88737 Kota Kinabalu
YBhg. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Haji Hussin (Wakil Tetap) YBhg. Datuk Ramlan bin Awang Ali
Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah / Setiausaha MUIS (Jusa C)
Tingkat 5 Blok A Wisma MUIS Peti Surat 11666 88737 Kota Kinabalu
YBhg. Datuk Ustaz Hj Bungsu @ Aziz bin Hj Jaafar
Mufti Negeri Sabah (Jusa A)
Pejabat Mufti Negeri Sabah Tingkat 21, Blok A Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Jalan Sulaman Teluk Likas Beng Bekrunci 2070 88400 Kota Kinabalu
YBrs. Puan Wan Nurhanani Ashikin binti Wan Ibrahim
Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
YBrs. Puan Salwana binti Ahmad Dahlan
Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 6, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
YBhg Dato Haji Zamani Ahmad bin Mansor
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) / Ahli
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
YBhg. Dato’ Haji Zamani Ahmad bin Mansor
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) (Jusa C)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
YBhg. Brigedier Jeneral Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 PUTRAJAYA
YBrs. Dr. Haji Ruslan bin Said
Menanggung Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee
Ketua Pengarah JAKIM (Jusa A)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya, No. 23, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 PUTRAJAYA.
YBhg. Prof. Datuk Dr. Rossita binti Shapawi
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) (Jusa B/VU6)
Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu
YBrs. Prof. Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed
Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah (DM54)
Kampus Kota Kinabalu Beg Berkunci 71 88997 Kota Kinabalu
YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah
Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS) (Jusa B)
Bandar Seri Putra 43000 Kajang Selangor
YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin
Profesor Jabatan Kimia Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM) (Jusa A [VK5])
Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor
YBhg. Dato’ Jamalulail bin Abu Bakar
Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan (Jusa B)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Blok C1-C3, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 3, 62510 PUTRAJAYA.
YBhg. Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim
Ahli Profesional Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) (Jusa C)
Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Tingkat 4 dan 6 Bangunan PERKIM 150 Jln Sultan Azlan Shah (Jln Ipoh) 51200 Kuala Lumpur
YBrs. Puan Hajah Khatijah binti Abd Rahman
Pengarah IPDAS (S14)
Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah

Carta Organisasi IPDAS

Carta Organisasi IPDAS
Halakan tetikus untuk zoom. Klik untuk paparan skrin penuh.
0
Bantuan Pelajar
Bot Sentiasa Aktif
Salam sejahtera! Saya adalah Bot Bantuan Pelajar. Bagaimana saya boleh bantu anda hari ini?
10:53 AM